Bahan Makmal

 

 

 

VISI

 

Memartabatkan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran

(PdP) SK Peroh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MISI

Melestarikan Pendidikan ICT Dalam Pembangunan Potensi

Individu Setiap Warga

SK Peroh Untuk Mencapai

Aspirasi Falsafah Pendidikan Negara Menjelang 2020

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

 

SILA PATUHI PERATURAN BERIKUT SEPANJANG MENGGUNAKAN MAKMAL

 

  1. Ada guru dalam makmal
  2. Gunakan sistem computer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja
  3. Imbas “pendrive” sebelum digunakan
  4. Jangan ubah sebarang susunan komputer, meja dan sambungan wayar.
  5. Dilarang membawa makanan dan minuman kedalam makmal komputer
  6. Laporkan kerosakkan perisian dan perkakasan dalam buku/borang yang disediakan
  7. Tulis penggunaan PC dalam buku rekod penggunaan PC yang disediakan
  8. Susun semula kerusi sebelum keluar dari makmal
  9. Tidak mengubah sebarang “setting” dalam komputer
  10. Tidak membawa keluar peralatan dan perisian dari makmal tanpa kebenaran guru
  11. Tidak membuang sampah dalam makmal
  12. Pastikan semua suis lampu dan peralatan makmal ditutup termasuk “Air cond” kecuali suis AVR.
  13. Tidak membuat bising.

Bahagian 3: Pembinaan Store

IMG_20140831_131706

Anak buah kesayangan tukang sedang beraksi

IMG_20140831_131749

Berehat sebentar…..panas yang teramat sangat

IMG_20140831_132002

Hasil kerja ringkas, sebelum dilengkapi dinding zink

IMG_20140831_132327

Keberangkatan pulang tukang dan anak buahnya pada hari pertama memulakan tugas yang diamanahkan…..

IMG_20140906_174725

IMG_20140906_174731

Diantara barangan yang tersimpan didalam Store …

Bahagian 1:Permulaannya

20140814_084053

 

Case abg Lie memulakan pembersihan

20140814_110745

 

Keadaan tapak yang dibersihan…nampak rumah bakal jiran seorang ustaz

20140814_110849

 

Jalan masuk kerumah….banyak rok-rok disebelah kanan dan kiri jalan….

 

Pada harini bermula pembinaan rumahku…..Case abg Lie sedang melakukan tugasnya setelah seminggu hujan, harini barulah dapat membereskan pembersihan tapak.

KEHEBATAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI

Sheikh Abdul Qadir Jailani terkenal sebagai salah seorang ulama besar pada masanya. Malah beliau juga dikenal mempunyai banyak keramah dan tokoh Tariqat Al Qadiriyah. Beliau adalah daripada keturunan Rasullulah saw  dan menuntut berbagai bidang ilmu agama di Parsi dan Baghdad dari berpuluh orang ulama besar hingga beliau menjadi alim dan mempunyai ramai muridnya sendiri di kota Baghdad, Iraq.

Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah saw dan baginda telah meludah ke dalam mulutnya tujuh (7) kali. Sejak peristiwa itu beliau menjadi lebih pintar menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai dan banyak ilmu hakikat yang diperolehinya.

Bagaimanapun, untuk mencapai ilmu hakikat kurniaan Allah itu beliau pernah mengasingkan diri selama berpuluh tahun untuk beribadat, berpuasa, berzikir, dan membaca al-quran khatam setiap malam.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada sekumpulan ulama hendak menguji ilmu beliau lalu mereka mengundang beliau hadir ke majlis itu, tetapi tidak ada seorang pun yang berani bercakap. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan ingatan mereka hilang sekaligus.

Akhirnya sheikh Abdul Qadir mengangkat kepalanya dan meminta mereka mula berbicara. Tetapi orang yang mula berbicara terus meminta maaf kepadanya kerana berniat buruk terhadapnya.
Kemudian beliau pun menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya hingga semuannya berpuas hati.
Sheikh Abdul Qadir adalah seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat siang dan malam, sentiasa berwuduk dan solat sunat dua rakaat.

Syeikh Abdul Fattah Al Harawi, khadamnya yang berkhidmat selama 40 tahun berkata : “Pada suatu malam aku melihat beliau solat sunat 2 rakaat, kemudian berzikir sampai tiga perempat malam yang pertama.

“Selama berzikir itu aku lihat tubuhnya diselimuti oleh semacam nur hingga tubuhnya tidak kelihatan. Kemudian beliau berdiri dan solat sunat dengan memanjangkan bacaan al-quran dan sujudnya.

Sesudah itu beliau berzikir lagi hingga terbit fajar. Pada saat-saat akhir aku dengar suara orang memberi salam dan beliau menjawab salam itu satu persatu sampai tiba solat subuh.”

Sheikh Abdul Qadir pernah menceritakan pengalaman dirinya sendiri waktu dia masuk ke negeri Iraq dan dapat berjumpa dengan Khidir seperti pertemuan pertemuan Khidir dengan Nabi Musa dahulu (baca kisah pertemuan ini dalam surah al-Kahfi).

Khidir menyuruh beliau duduk di suatu tempat hingga dia datang lagi.”Aku duduk di situ selama setahun hingga Khidir datang lagi. Pada mulanya Sheikh Abdul Qadir makan daun kayu dan rumput untuk hidup dan minum air.

Selama setahun, beliau berpuasa dan tidak tidur. Akhirnya pada suatu malam yang dingin dia merasa mengantuk dan tertidur. Dalam tidurnya itu dia ihtilam (mimpi jimak ) hingga keluar mani. Lalu dia mandi wajib di dalam sungai. Sesudah itu dia tertidur lagi dan ihtilam lagi berkali sebanyak 40 kali.

Akhirnya beliau berjaya melawan tabiat tidurnya dan beribadat tanpa tidur lagi.

Diriwayatkan bahawa seorang ibu pernah membawa puteranya kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk diajar semoga anak itu akan menjadi seperti beliau. Anak itu, pun disuruhnya beribadat siang dan malam serta mengurangkan tidur dan makan.

Pada suatu hari ibunya datang dan melihat tubuh anaknya kurus dan lemah lalu dia pergi menemui Syeikh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau makan ayam di atas meja. Wanita itu pun menyatakan kesalnya kerana anaknta sendiri kelihatan kurus dan lemah.

Syeikh Abdul Qadir pun meletakkan tangannya di atas tulang-tulang ayam di dalam pinggan itu dan berkata:”bangkitlah wahai ayam dengan izin Allah.” Si ibu itu kehairanan melihat tulang-tulang ayam tadi bertukar menjadi ayam yang hidup.

“Kalau puan mahu anak puan makan makanan yang baik-baik bersabarlah sampai dia menjadi seperti saya.”

Syeikh Al Harawi melaporkan bahawa pada suatu hari beliau melihat 3 ekor kuda menarik kereta yang berisi khamar (arak). Perjalanan kereta itu dikawal beberapa askar menunjukkan khamar itu kepunyaan kerajaan.

Syeikh Abdul Qadir menyuruh para pengawal itu berhenti,namun tiada seorang pun yang sanggup mengikut perintahnya. Kemudian Sayid Abdul Qadir berkata kepada kuda-kuda itu:”Wahai kuda berhentilah kamu dengan izin Allah.” Mala kuda-kuda itu pun berhenti.

Syeikh Abdul Qadir mengambil botol-botol khamar itu dan memecahkannya dengan katanya :”Khamar ini telah menjadi cuka dan tidak boleh diminum lagi.”

Syeikh Al Harawi berkata :”Aku menjamah isi botol yang pecah itu dan bila aku rasa memang isinya telah bertukar menjadi cuka.”
Diriwayatkan pada suatu hari Sayid Abdul Qadir berada dalam sebuah majlis muridnya, tiba-tiba ada seekor burung helang berlegar-legar sambil membuat bising di atas kepala mereka.

Syeikh Abdul Qadir berkata:“Wahai angin, putuskanlah kepala burung itu.” Dengan izin Allah burung itu jatuh dan kepalanya telah putus. 

Kemudian beliau pun mengambil badan burung itu, dan kepalanya sambil berkata:”Bismillahir Rahmanir Rahim” hiduplah wahai burung.” Maka burung yang mati itu hidup kembali. Hal ini disaksikan oleh orang ramai di majlis itu.

Pada suatu masa sungai Tigris di Iraq naik sampai ke tebingnya akibat hujan lebat. Penduduk Baghdad jadi ketakutan kerana arus sungai yang deras boleh merosakkan harta benda dan tanaman mereka.

Mereka pergi menemui Abdul Qadir Jailani meminta pertolongannya. Beliau pun pergi ke tebing sungai itu. Sambil menyentuhkan hujung tongkat itu ke tebing sungai dan berkata:”Hai Tigris, tetaplah kau pada had ini sahaja dengan izin Allah.” 

Air sungai Tigris itu pun surut pada garis yang ditandakan oleh beliau dengan tongkatnya dan penduduk Baghdad pun terselamat.
Diriwayatkan pada suatu masa Khalifah yang berpusat di kota Baghdad telah datang orang membawa wang emas untuk dihadiahkan kepada Syeikh Abdul Qadir. Ketika kantung wang emas itu diletakkan dihadapannya beliau menekankan tangannya pada kantung itu lalu mencurahlah darah keluar daripada dalamnya.
Beliau berkata:”Tuan hamba telah mengambil wang ini secara paksa dari orang ramai. Wang ini sebenarnya adalah darah mereka yang tuan peras.”

Mendengar kenyataan itu, khalifah itu rebah pengsan.
Syeikh Abdul Qadir Jailani wafat pada bulan Rabiul Awal tahun 561H ketika berumur 91 tahun. Makamnya di Baghdad diziarahi oleh beribu-ribu orang islam setiap hari hingga sekarang.

Kisah umar bin abdul aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Biodata Ringkas

Nama                     : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu              : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir                  : 61H
Umur                      : 39 tahun
Tarikh M/Dunia   : 101H
Jawatan                  : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan    : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

 

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

 

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah   Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi  hari tidak akan sampai ke   petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku)  akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik  telah berkata : “Aku  tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul  Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar     suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.

4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”

5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”

6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang  lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”

7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara  satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

 

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan    beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’  Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat………..kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada  pemerintahan  zaman moden ini….hanya   852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas…..!!!